Kuching City FC sambar khidmat Irfan Bakti

Irfan Bakti Abu Salim
Irfan Bakti Abu Salim
A
A
A

PASUKAN Liga Premier, Kuching City FC mengumumkan Irfan Bakti Abu Salim akan mengendalikan pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu disahkan Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman yang mengakui pasukan itu teruja mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman tersebut.

"Kita amat berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan beliau memandangkan beliau adalah antara jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai banyak kejayaan di bawah ‘resume’ beliau.

"Kita yakin bahawa beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC.

"Kita telah berbincang dengan beliau dan menerangkan falsafah dan budaya Kuching City FC; kelebihan, kelemahan, ‘constraint’ dan sasaran kami pada musim hadapan. Beliau bersetuju dan yakin dengan perancangan, halatuju dan sasaran kami itu," katanya dalam satu kenyataan.

Irfan Bakti bukanlah nama asing dalam industri bola sepak di negara ini selepas membimbing beberapa pasukan besar seperti Selangor, Felda United dan Terengganu.

Dalam pada itu, Fazzrudin mengucapkan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih, Akira Higashiyama yang telah mengemudi pasukan tersebut dengan baik musim lalu.

"Perancangan awal kami adalah untuk mengekalkan Akira sebagai ketua jurulatih dan melanjutkan kontrak tetapi mereka telah menolak tawaran kami dan kami telah merancang untuk mencari pengganti beliau.

Artikel Berkaitan:

"Beberapa nama telah dibincangkan dan dipertimbangkan oleh lembaga pengarah dan akhirnya kita telah membuat keputusan untuk melantik Irfan Bakti," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan Kuching FA akan dikenali sebagai Kuching City FC pada musim hadapan.