Semua cawangan KWSP kembali dibuka esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa bermula esok.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu semua perkhidmatan kaunter disediakan dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

"KWSP akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

"Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Artikel Berkaitan: