Covid-19: Lebih 300 pekerja asing Kluster Kaya pulih

Atiqur bersyukur sudah dapat kembali ke 'rumahnya'.
Atiqur bersyukur sudah dapat kembali ke 'rumahnya'.
A
A
A

NILAI - "Saya bersyukur dan lega kerana sudah dapat balik ke asrama. Tapi dengan keadaan kes Covid-19 ini tak tahu bila saya dapat balik tengok isteri di Bangladesh," kata Eksekutif Kanan Logistik Mutiara Kayamas Sdn Bhd, Atiqur Rahman, 38.

Dia merupakan antara lebih daripada 300 pekerja warga asing syarikat berkenaan yang kini disahkan pulih daripada Kluster Kaya yang tinggal di asrama di Putra Point di sini.

Kawasan itu sebelum ini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 28 Oktober hingga 10 November lalu sebelum dilanjutkan sehingga semalam.

Atiqur berkata, dia disahkan positif Covid-19 tanpa sebarang simptom selepas tiga kali membuat saringan.

Katanya, sebaik dimaklumkan kepada ahli keluarganya di Bangladesh yang dirinya disahkan positif, isterinya menangis sehingga pengsan.

Kelihatan pekerja warga asing di asrama di Putra Point, Nilai yang telah ditamatkan PKPD semalam.
Kelihatan pekerja warga asing di asrama di Putra Point, Nilai yang telah ditamatkan PKPD semalam.

"Saya sempat jumpa isteri yang datang ke Nilai pada Februari lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak itu, kami hanya berhubung melalui telefon.

"Sekarang saya sudah 'bersih'. Lebih 300 pekerja syarikat kami yang positif juga sudah pulih sepenuhnya dan kami sangat bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tenang di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Atiqur berkata, kebanyakan daripada mereka sudah mula bekerja seperti biasa dan pihak syarikat kini dalam proses memperkemaskan susun atur di dalam asrama selain menghadkan bilangan dalam bilik dari 26 orang kepada 24 orang.

Beliau yang sudah 16 tahun bekerja di syarikat itu berkata, sebagai langkah keselamatan seramai 21 pekerja yang baharu tamat kuarantin hari ini akan diasingkan tempat tinggal mereka.

"Apa yang berlaku betul-betul menguji kami. Saya sendiri hanya fikir mati bila tahu positif Covid-19. Virus ini betul-betul menakutkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: Peniaga kawasan berhampiran terjejas

Lanjutan PKPD di lima kawasan bermula esok: Ismail Sabri