Amaran cuaca buruk sehingga Khamis: MetMalaysia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Perlis, Kedah dan Kelantan sehingga Khamis.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda serta Hulu Perak di Perak, Kuala Krai di Kelantan dan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terrengganu di Terengganu sehingga Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: