X

Kindly register in order to view this article
!

Saya tiada niat menipu Dewan Rakyat: Shahbudin

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya tampil menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menipu Dewan Rakyat.

Ia susulan kesilapannya menandakan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) bersetuju dalam senarai menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan semalam.

"Semasa membuat pengiraan undi, saya pada beberapa minit sebelum itu ada melihat Padang Rengas, cuma semasa undi berkenaan itu Padang Rengas mungkin tiada di situ.

"Saya tidak pasti sehinggalah diadukan tiada. Saya tiada niat untuk menipu atau melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan peraturan Dewan Rakyat," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Shabudin yang juga ketua penghitung blok C Dewan Rakyat, beliau juga telah membuat permohonan maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun susulan kesilapan yang dilakukannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya memang tiada dalam dewan'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!