'Makin ramai individu jalani pemeriksaan mental'

R Vidyananthan
R Vidyananthan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pandemik Covid-19 telah memberi kesan psikologi kepada masyarakat apabila terdapat peningkatan jumlah individu yang hadir ke klinik kesihatan mental direkodkan di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, seramai 678 individu hadir ke klinik kesihatan bagi menilai masalah kesihatan mereka pada Ogos lalu berbanding hanya 32 dan 46 individu pada Jun dan Julai tahun ini.

Beliau berkata, peningkatan itu disebabkan promosi soal selidik Minda Sihat atas talian yang dilancarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), sekali gus memberi akses kepada orang awam membuat saringan sendiri.

"Selain itu, jumlah itu meningkat kerana promosi soal selidik Minda Sihat atas talian yang dilancarkan Jabatan Kesihatan Negeri sekali gus memberi akses kepada orang awam membuat saringan sendiri.

"Sekiranya keputusan mereka abnormal, individu tersebut digalakkan untuk membuat penilaian lanjut di Klinik Kesihatan Negeri Johor. Mereka juga diberi pautan temu janji klinik agar ia boleh dibuat dengan mudah," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Sheikh Umar Bagharib Ali (PH-Paloh) yang bertanyakan perkara tersebut.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan kakitangan kesihatan, JKNJ telah mengaktifkan pasukan sokongan mental pada awal tahun ini.

Beliau berkata, ia khusus membabitkan mereka yang secara langsung terlibat dengan pengurusan kes-kes positif dan kontak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Kemudian ia diperluaskan kepada pesakit yang positif dan akhirnya kepada semua penghuni di stesen kuarantin," katanya.