Kane, Heung-Min duo serangan terbaik dunia

Heung-Min dan Kane
Heung-Min dan Kane
A
A
A

BEKAS penggempur Tottenham Hotspures, Jermaine Defoe menegaskan gandingan penyerang Harry Kane dan Son Heung-Min disifatkan sebagai gandingan serangan terbaik di dunia pada ketika ini.

Defoe berkata, duo berkenaan bakal mencatatkan sejarah tersendiri dengan muncul selaku duo paling prolifik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Defoe duo berkenaan telah mempamerkan aksi cemerlang dan kini meletakkan skuad The Lilywhite itu gah di puncak EPL ketika ini.

“Sumbangan kedua-dua pemain ini, Heung-Min dan Kane pada Spurs adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka berdua adalah gandingan terbaik di dunia ketika ini.

“Bagaimanapun, apa yang menjadi kesukaran ketika ini adalah untuk meneruskan kecemerlangan berkenaan,” katanya.

Kecemerlangan duo berkenaan menyaksikan Spurs kini gah dipuncak EPL dengan21 mata hasil enam kemenangan, seri tiga kali dan hanya tewas sekali daripada 10 perlawanan.

Biarpun sekadar terikat tanpa jaringan ketiak berdepan Chelsea baru-baru ini, Kane dan Heung-Min masing-masing telah membantu satu sama lain bagi meledak gol untuk Spurs setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Defoe berharap agar penyokong Spurs dapat memberikan penghargaan kepada pengendali, Jose Mourinho atas kejayaan yang dikecapi pasukan berkenaan hari ini.

“Kredit perlu diberikan kepada Mourinho kerana dia seorang pengurus yagn hebat dan berjaya mengemudi Spurs ketika ramai pihak yang memikirkan ia sesuatu yang mustahil,” katanya.