Belanjawan peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Negeri lulus

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said sebentar tadi.

RUU itu diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, kementerian itu menerima peruntukan berjumlah RM777.9 juta iaitu RM703.1 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM74.78 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Ketika ini sedang berlangsung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Artikel Berkaitan: