Sungai utama di Kelantan masih paras bahaya

Keadaan paras air Sungai Golok di Kampung Pulau Ular yang melepasi paras bahaya.
Keadaan paras air Sungai Golok di Kampung Pulau Ular yang melepasi paras bahaya.
A
A
A

KOTA BHARU – Paras air Sungai Golok masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya 8.00 meter iaitu 9.06 berbanding 9.33 semalam.

Menurut portal e-Banjir, sehingga jam 11 pagi tadi, 11 sungai lain di beberapa daerah di sini menunjukkan bacaan melebihi paras normal dan ia berterusan sejak beberapa hari yang lalu.

Sungai Lebir di Kuala Koh mencatatkan bacaan 62.70 meter berbanding semalam 62.74 iaitu melebihi paras normal 62.00 dan Sungai Galas di Limau Kasturi juga melebihi paras normal 53.32 iaitu melebihi paras semalam 53.25 (normal 53.00).

Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan bacaan 22.20 meter berbanding semalam 22.39 iaitu melepasi paras normal 23.00, Sungai Kelantan di Kuala Krai pula 19.28 meter berbanding semalam 19.00 iaitu menghampiri paras jaga-jaga 20.00.

Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan bacaan 10.14 meter berbanding semalam 11.21 iaitu melebihi paras normal 10.00 dan Sungai Golok di Jenob pada bacaan 19.82 meter berbanding semalam 20.09 yang juga melepasi paras normal 19.00.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Jeti Kastam juga melebihi paras normal 1.00 meter iaitu 1.27 berbanding semalam 1.47; Sungai Kelantan di Air Mulih mencatatkan bacaan 5.14 meter berbanding semalam 5.74 iaitu melebihi paras normal 4.00.

Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan bacaan 0.81 meter iaitu melebihi paras normal 0.40 dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula mencatatkan bacaan 1.79 meter dan menaik berbanding semalam 1.56 iaitu menghampiri paras jaga-jaga 2.00. Empangan Bukit Kwong pula mencatatkan bacaan 15.87 meter berbanding semalam 15.92 iaitu di bawah paras normal 16.76.

Sehingga jam 11 pagi ini, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Rantau Panjang yang menempatkan 22 orang mangsa dari lima keluarga.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk terus peka dengan situasi semasa dan memaklumkan kepada agensi yang terlibat untuk sebarang bantuan.