Budak tercampak keluar kereta, jatuh jejambat

Kenderaan yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Jalan Tun Razak dari Gombak pada Jumaat lalu.
Kenderaan yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Jalan Tun Razak dari Gombak pada Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Video seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terjatuh dari jejambat di Jalan Pahang, di sini Jumaat lalu tular di media sosial sejak semalam.

Klip video yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu mula tersebar menerusi laman sosial Facebook.

Video berdurasi 33 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh di atas sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah pusat pameran.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya ketika dihubungi hari ini memaklumkan kanak-kanak itu cedera kerana tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Jalan Tun Razak dari Gombak di sini.

Zulkefly berkata, dalam kejadian pada jam 5.40 petang itu mangsa bersama bapanya menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dipercayai terbabas akibat hujan lebat lalu melanggar tembok kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, kanak kanak itu tercampak dari cermin sisi belakang kanan dan terjatuh ke bawah dari jejambat.

"Mangsa kemudian terjatuh di atas kereta yang parkir di hadapan sebuah pusat pameran di Jalan Pahang di sini," katanya.

Zulkefly memaklumkan mangsa telah di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: