Lagi laporan terhadap Desmond Yongkor

Imad (lima kanan) bersama wakil masjid masjid Chenor.
Imad (lima kanan) bersama wakil masjid masjid Chenor.
A
A
A

MARAN - Lagi laporan polis dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap tindakan pengguna Facebook yang menghina Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah.

Pejabat Agama Islam Daerah Chenor dan masjid-masjid di Daerah Chenor membuat laporan tersebut, meminta pihak polis segera mengambil tindakan terhadap Desmond Yongkor.

Timbalan Qadhi Chenor, Ustaz Imad Idris berkata beliau mendapat maklumat Facebook yang menggunakan nama “Desmond Yongkor” telah memuat naik kenyataan pada 31/01/2019 seperti berikut : “Yang DiPertua Agong Malaysia Yang Ke XVI Dahulat Tuhanku Kebawah Duli Yang Maha Syaietan Syaitan Yang Agong XVI Malaysia Al-Setan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Setan Haji Ahmad Tak Shah Al Musta-Outbillah.

"Kenyataan ini satu penghinaan melampau kepada Yang Di-Pertuan Agong yang baru dilantik. Ia boleh menimbulkan keresahan rakyat Malaysia dan menghina umat Islam di mana Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama.

"Ia juga dilihat seperti menghina perlembagaan Malaysia dan mencabar institusi raja-raja yang termaktub di dalam undang-undang," katanya.

Beliau berharap pihak Polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan kepada pelaku.

Artikel Berkaitan: