Usaha terbaik bersih imej PDRM, kata Akhbar Satar

AKHBAR SATAR
AKHBAR SATAR
A
A
A

SHAH ALAM - Pemantauan terbaharu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hidup mewah merupakan permulaan yang baik bagi membersihkan imej pasukan keselamatan itu.

Bekas Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar berkata, perkara berkenaan merupakan sesuatu yang jarang atau tidak pernah berlaku kerana lazimnya isu sedemikian hanya diketahui oleh pihak dalaman sahaja.

“Tahniah kepada JIPS dan Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya kerana tindakan tidak popular tersebut dan berani berterus terang membongkar kegiatan dan aktiviti sebahagian pegawainya yang tiada integriti serta hidup mewah melebihi pendapatan.

“Saya percaya imej dan masa depan PDRM akan lebih cerah dengan adanya pimpinan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Abdul Hamid Bador) sekarang dan Datuk Zamri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Akhbar turut menyarankan PDRM menjalankan tapisan yang lebih teliti ketika pengambilan anggota baharu di samping ujian yang meneliti aspek integriti kepada seseorang calon.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kehidupan mewah segelintir pegawai dan anggota polis walaupun tidak setara dengan jawatan serta gaji bulanan yang diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis hidup mewah bukan isu baharu

Artikel Berkaitan:

Segelintir pegawai polis dikesan amal cara hidup 'ala orang kaya'