Rakyat Malaysia memang mudah tertipu

No Image Caption
A
A
A

CUKUP terkejut, malah macam tak percaya tetapi itulah angka yang ditunjukkan pihak polis.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, rakyat Malaysia telah rugi lebih RM518 juta dalam tempoh dua tahun lalu akibat ditipu oleh sindiket Macau Scam.

Dengan kata lain, kalau dikira mengikut jumlah hari, sindiket Macau Scam berjaya memperdaya rakyat di negara kita dengan mengaut RM750,000 sehari sepanjang dua tahun yang lalu!

Walaupun media setiap hari melaporkan bagaimana mangsa Macau Scam boleh terpengaruh dengan penipuan yang dilakukan kumpulan penjenayah berkenaan tetapi masih ada yang tidak ingin mengambil iktibar.Pihak polis juga sentiasa memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai agar berwaspada dengan panggilan telefon yang mencurigakan, namun masih ada yang terjerat sampai hilang ribuan ringgit, malah jutaan ringgit.

Sindiket Macau Scam memang tidak pernah menaruh simpati kepada mangsa. Daripada umur 20-an sehinggalah 70-an, semuanya sudah terperangkap.

Beringatlah jika diminta memasukkan wang ke dalam mana-mana akaun bank. Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum mengikut arahan mereka.

Ataupun jika rasa ragu-ragu dan tidak mahu berkomunikasi dengan mereka, paling mudah dan cepat, putuskan talian telefon serta-merta.

Sindiket Macau Scam berjaya menakut-nakutkan ramai orang. Bukan sahaja golongan suri rumah dan golongan bawahan yang ditipu mereka, golongan profesional seperti pegawai bank, pesara guru dan jurutera turut tersenarai dalam mangsa yang terperangkap.

Artikel Berkaitan:

Mereka golongan terpelajar tetapi kenapa masih boleh terpedaya?

Jelas, begitu mudahnya rakyat Malaysia tertipu. Itulah peluang dan ruang yang sebenarnya dicari-cari oleh sindiket Macau Scam.