Lanjutan PKPD: Top Glove beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Top Glove Corp Bhd hari ini berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melandaikan lengkungan jangkitan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas asrama syarikat itu di Meru, Klang.

Terdahulu hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD yang dijadualkan berakhir hari ini akan dilanjutkan sehingga 14 Disember 2020.

Top Glove berkata, semua pekerja kilang di Meru sedang menjalani latihan saringan Covid-19 secara besar-besaran, manakala kerja sanitasi di kilang-kilang juga sedang dijalankan.

“Top Glove ingin memberi jaminan kepada semua pemegang kepentingan bahawa kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa mengharungi tempoh ini dan mematuhi semua langkah pencegahan Covid-19, dengan terus memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesejahteraan kakitangan serta masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan: