Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki jatuh Sungai Pahang belum ditemui

SAR yang memasuki hari keempat hari ini belum menemui lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Kuala Kujan pada Jumaat lalu.
SAR yang memasuki hari keempat hari ini belum menemui lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Kuala Kujan pada Jumaat lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini Jumaat lalu masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, SAR yang memasuki hari keempat bagi mencari mangsa, Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi.

Menurutnya, SAR itu disertai 37 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Kawasan pencarian hingga ke jambatan baru Guai dan lebih dari 30 kilometer ke Hilir sungai.

"Hari ini juga kita mendapat bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera dan Maran selain penduduk kampung," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, SAR akan bersambung pada jam 8 pagi esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dalam Sungai Pahang

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi cari Loqman diteruskan

Artikel Berkaitan: