Kelantan rekod satu kes Covid-19 hari ini

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Setelah beberapa hari mencatatkan jumlah peningkatan, hari ini Kelantan hanya merekodkan satu kes Covid-19 melibatkan daerah Pasir Mas di sini.

Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan melalui laman sosial Facebooknya sehingga 12 tengah hari tadi.

Kes tersebut adalah kes ke-360 di Mukim Rantau Panjang, Pasir Mas yang mana individu tersebut merupakan kontak rapat Kluster Mengketil.

Bilangan kes sembuh dan discaj hari ini ialah sebanyak lapan orang dan yang masih dirawat ialah seramai 95 orang termasuklah yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai lima orang.

Untuk kawasan zon merah iaitu di Kota Bharu, sebanyak 51 kes dilaporkan melibatkan kes tempatan dan untuk zon jingga pula Tanah Merah sebanyak 33 kes tempatan dan Machang 31 kes tempatan.

Untuk zon kuning pula, empat daerah mencatatkan jumlah berbeza iaitu Pasir Mas 12 kes tempatan, Bachok dan Pasir Puteh dua kes tempatan, manakala Kuala Krai dan Tumpat juga masing-masing satu kes tempatan.

Dua daerah berada di dalam zon hijau iaitu Gua Musang dan Jeli dan untuk kes tamat tempoh 14 hari adalah tujuh kes iaitu satu kes di Mukim Panji, dua kes di Mukim Kubang Kerian dan empat kes di Mukim Ulu Sat, Machang.

Artikel Berkaitan: