Selangor buat saringan komuniti bersasar di Meru

Pendaftaran saringan Covid-19.
Pendaftaran saringan Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan melaksanakan saringan komuniti bersasar di kawasan Meru, Klang khususnya di Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai pada 2 Disember ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu diambil berikutan kenaikan kes Covid-19 yang mendadak di Selangor terutama melibatkan penghuni asrama pekerja kilang Top Glove.

Menurutnya, hasil mesyuarat yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Selangor untuk Covid-19 (STFC) telah mencapai beberapa syor yang sesuai bagi mengelakkan penularan wabak ini sekaligus melegakan kerisauan orang ramai mengenai kes Covid-19.

"Saringan komuniti bersasar di kawasan sekitar Meru khususnya di Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai akan diadakan pada Rabu (2 Disember) bermula jam 9 pagi hingga 2 petang bertempat di Dewan Masyarakat Taman Meru 3," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sistem SELangkah akan digunakan untuk pendaftaran dan keputusan saringan akan dimuat naik di sistem berkenaan.

"Bagi melancarkan proses pendaftaran, orang ramai diminta untuk membuat pra pendaftaran terlebih dahulu melalui laman https://screening.selangkah.my.

"Saringan ini dijayakan bersama anak syarikat Kerajaan Negeri SELCARE, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan badan bukan kerajaan IMAM Response & Relief Team (IMARET)," katanya.

Artikel Berkaitan: