X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Laporan ujian klinikal fasa tiga vaksin minggu depan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan laporan ujian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 dijangka diumumkan minggu hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan itu akan diumumkan oleh salah satu daripada 10 syarikat farmaseutikal yang sedang berunding dengan kerajaan.

"Kita dimaklumkan minggu depan akan keluar laporan pertama," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, sekiranya kajian tersebut menunjukkan keberkesanan dan kurang kesan samping, vaksin tersebut akan didaftarkan di bawah Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan.

"Selagi tidak mendapat pendaftaran dan tiada lesen, vaksin tersebut tidak boleh dijual," katanya.

Beliau berkata, jika vaksin tersebut gagal didaftarkan di FDA dan NPRA, perjanjian dan rundingan tersebut akan terbatal.

"Itu syarat yang penting. Lain-lain perjanjian antara dua pihak tidak dapat dikongsi dengan orang awam setakat ini," katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan negara akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat.

Penghantaran pertama membabitkan sejuta dos vaksin itu akan dibuat pada suku pertama tahun depan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!