Tiga empangan TNB sedia berperanan penebat banjir

TNB telah melaksanakan persediaan awal sejak Ogos lalu di kesemua tiga empangan hidroelektrik miliknya termasuk di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini.
TNB telah melaksanakan persediaan awal sejak Ogos lalu di kesemua tiga empangan hidroelektrik miliknya termasuk di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua tiga janakuasa hidroelektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh sejak Ogos lalu.

Menurut Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB), Datuk Nor Azman Mufti, persediaan rapi telah dilakukan termasuklah pengurusan paras empangan melalui pelepasan terkawal dan pemeriksaan menyeluruh di semua stesen-stesen janakuasa milik TNB.

“Selain itu, latihan pengungsian dan ujian tahap ketersediaan bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan banjir turut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azman berkata, TPGSB adalah anak syarikat milik penuh TNB yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset-aset penjanaan elektrik milik TNB, termasuk empangan hidroelektrik TNB di Tasik Kenyir, Terengganu; Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak.

Selain menjana tenaga hijau kepada negara, katanya, empangan itu turut berfungsi sebagai sistem tebatan banjir yang mengelak daripada berlakunya bencana lebih buruk terutama di kawasan hilir sungai.

“Sebelum musim tengkujuh tiba, paras air empangan diturunkan melalui pelepasan terkawal bagi membolehkan empangan menakung jumlah air hujan yang bakal meningkat.

“Dengan itu, tiada keperluan melepaskan air empangan secara mendadak ketika musim tengkujuh sehingga boleh menyebabkan bencana lebih besar di hilir sungai,” katanya.

Katanya, pihak TNB semua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti itu berada dalam keadaan baik dan selamat.

Artikel Berkaitan:

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB Careline.