FAMA bakal miliki bangunan baharu bernilai RM220 juta

Ronald (tengah) bersama Haslina (kiri) dan Kristoffer (kanan) pada Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak Perjanjian Konsesi Projek Pembinaan Bangunan Korporat dan Pusat Agromakanan FAMA di Kuala Lumpur.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal memiliki pejabat korporat baharu bernilai RM220 juta yang akan dibina di Kelana Jaya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, projek pembinaan melalui kaedah ‘land swap’ itu dijangka siap pada tahun 2025.

“Kaedah pembinaan projek pejabat korporat FAMA adalah melalui ‘land swap’ iaitu tanah milik FAMA di Johor Bahru, Johor akan dipindah milik kepada pihak pemaju setelah pembinaan bangunan tersebut siap dilaksanakan.

“Pelaksanaan projek ini tidak memberikan sebarang bebanan kewangan tambahan, malah kerajaan akan mendapat lebihan sebanyak RM60 juta daripada kaedah pertukaran tanah yang dipersetujui ini,” katanya pada Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak Perjanjian Konsesi Projek Pembinaan Bangunan Korporat dan Pusat Agromakanan FAMA di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid; Pengerusi FAMA, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali serta Pengarah Urusan Syarikat Cita Information System Sdn Bhd, Datuk Kristoffer Nyuak Bajok.

Ronald berkata, projek pembinaan bangunan tersebut telah dirancang sejak tahun 2011, namun terpaksa ditangguhkan akibat pelbagai kekangan.

Menurutnya, pihak kementerian amat prihatin masalah yang dihadapi FAMA ketika ini dari segi mobiliti, pengurusan sumber, ruang kerja yang terhad dan kos penyewaan ruang pejabat sedia ada menelan kos yang besar.

Artikel Berkaitan:

Ronald (tengah) bersama Haslina (kiri) dan Kristoffer (kanan) pada Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak Perjanjian Konsesi Projek Pembinaan Bangunan Korporat dan Pusat Agromakanan FAMA di Kuala Lumpur.
Ronald (tengah) bersama Haslina (kiri) dan Kristoffer (kanan) pada Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak Perjanjian Konsesi Projek Pembinaan Bangunan Korporat dan Pusat Agromakanan FAMA di Kuala Lumpur.

“Menyedari perkara itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos lalu telah meluluskan pembinaannya,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan bangunan itu bakal memberikan impak positif, bukan sahaja kepada kementerian, malah makna sangat besar kepada warga FAMA khususnya.

“Kakitangan FAMA semakin bertambah menyebabkan FAMA perlu berpindah pejabat dari satu tempat ke satu tempat yang lebih sesuai.

“Diharap dengan adanya bangunan baharu FAMA ini, ia akan mewujudkan sebuah ruang pejabat yang kondusif dan produktif serta mampu menempatkan kakitangan FAMA secara berpusat,” katanya.

Beliau juga berharap segala usaha dan perancangan FAMA sebagai peneraju utama pemasaran makanan serta hasil pertanian dapat terus dipertingkatkan.

“Ia demi memenuhi hasrat kerajaan bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia.

“Selain itu, Pusat Agromakanan FAMA ini akan menjadi pemangkin dalam penganalisaan pemasaran pertanian yang lebih selesa kepada FAMA dan pada masa yang sama dapat mengoptimumkan kos pembinaan FAMA itu sendiri,” katanya.