CEO anak syarikat kerajaan Perak bebas dengan jaminan SPRM

Laporan Sinar Harian pada 28 November lalu mengenai CEO sebuah anak syarikat kerajaan Perak direman dua hari bagi membantu siasatan kes dokumen palsu.
Laporan Sinar Harian pada 28 November lalu mengenai CEO sebuah anak syarikat kerajaan Perak direman dua hari bagi membantu siasatan kes dokumen palsu.
A
A
A

IPOH - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat milik kerajaan Perak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu dibebaskan dengan jaminan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dibebaskan semalam selepas ditahan reman selama dua hari sejak Sabtu lalu.

"Kami sedang menyiapkan siasatan untuk dihantar kepada Bahagian Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumaat lalu, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Perak pada jam 3.45 petang kerana dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu kepada Setiausaha Kerajaan Perak untuk kelulusan.

Dokumen itu merupakan Surat Tawaran Pelantikan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan walhal Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Disember 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.

ARTIKEL BERKAITAN: CEO direman bantu siasatan kes dokumen palsu

Artikel Berkaitan: