Syor insentif untuk barisan hadapan termasuk pengamal media

L Manickam semasa sesi semasa sesi Pertanyaan Lisan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga DUN Negeri Sembilan di sini hari ini.
L Manickam semasa sesi semasa sesi Pertanyaan Lisan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga DUN Negeri Sembilan di sini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri diminta mempertimbangkan pemberian insentif one-off kepada semua anggota barisan hadapan termasuk pengamal media yang berkhidmat di Negeri Sembilan melalui lebihan rizab berjumlah RM1 bilion.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh L Manickam (Jeram Padang-BN) ketika sesi Pertanyaan Lisan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

"Saya mencadangkan supaya mempertimbangkan insentif kepada semua anggota barisan hadapan sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia), anggota kesihatan, Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan pengamal media yang bertugas di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya RM1,000.

"Saya memohon supaya pemberita juga tidak dianaktirikan. Mereka tidaklah sebegitu ramai, jadi apa salahnya beri sedikit insentif. Golongan ini juga terkesan dengan pandemik Covid-19 ini dan pendapatan juga tidak seberapa," katanya.

Tambahnya, pengamal media merupakan golongan penting yang turut berada di barisan hadapan namun sering dilupakan oleh semua pihak.

Kata Manickam, tanpa pengamal media masyarakat tidak dapat menerima berita dan maklumat yang sah.

Dalam pada itu, Manickam turut mencadangkan supaya semua bil air November dapat dikecualikan kepada mangsa banjir

Katanya, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) merupakan tanggungjawab di bawah kuasa kerajaan negeri dan berharap dapat mempertimbangkan perkara itu.

Artikel Berkaitan: