Bom tangan Perang Dunia Pertama ditemui dalam bungkusan kentang

Sebutir bom tangan era Perang Dunia Pertama ditemui bersama kentang yang diimport dari Perancis.- Foto AFP/ Polis Hong Kong
Sebutir bom tangan era Perang Dunia Pertama ditemui bersama kentang yang diimport dari Perancis.- Foto AFP/ Polis Hong Kong
A
A
A

SAI KUNG - HONG KONG. Sebutir bom tangan dipercayai tinggalan Perang Dunia Pertama (WW1) , ditemui dalam bungkusan kentang yang diimport dari Perancis ke Hong Kong.

Bom tersebut yang berada dalam 'keadaan tidak stabil' berjaya dimusnahkan selepas ditemui di kilang membuat kerepek jenama Calbee, timur wilayah Sau Kung, Sabtu lalu.

"Maklumat diperolehi menunjukkan bom tangan tersebut 'diimport' dari Perancis bersama bungkusan kentang lain," kata Superintenden Wong Ho-hon kepada media.

Ia dikatakan telah digali secara tidak sengaja bersama kentang yang ditanam di sebuah ladang di Perancis yang dipercayai bekas tapak peperangan, sebelum dieksport. - BBC

Artikel Berkaitan: