Cedera dibelasah abang sendiri

No Image Caption
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki cedera selepas dibelasah abangnya sendiri dengan menggunakan kerusi plastik dalam kejadian di Taman Desa Murni, di sini petang semalam.

Kejadian yang berlaku jam 6 petang itu dikatakan berpunca selepas mangsa berusia 31 tahun menegur sikap abangnya yang kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, berang dengan teguran itu abangnya yang berusia 34 tahun mengamuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan memukulnya dengan kerusi.

"Sebelum kejadian suspek meminta wang daripada ibunya namun permintaan itu tidak ditunaikan menyebabkan dia mula naik angin.

"Dia menjadi lebih agresif selepas ditegur adiknya dan berlaku pergaduhan antara mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Noorzainy berkata, bimbang keadaan menjadi lebih buruk menyebabkan ayah mereka menghubungi balai polis bagi meminta bantuan meleraikan pergaduhan berkenaan.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di lengan dan jari.

"Polis yang tiba di rumah mereka tidak lama kemudian berjaya menahan suspek.

Artikel Berkaitan:

"Semakan dibuat mendapati lelaki berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah dan baru dibebaskan dari penjara pada Oktober lalu," katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman empat hari untuk tindakan lanjut dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.