Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

Ebit Lew memberikan makanan kepada panda di Zoo Negara hari ini.
Ebit Lew memberikan makanan kepada panda di Zoo Negara hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook pendakwah tersebut, sumbangan diberikan sejurus beliau menerima permintaan daripada pihak Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Dapat berita dan permintaan dari Zoo Negara yang kekurangan dana kerana PKP, balik dari Kelantan semalam pagi ini terus saya ke Zoo Negara bersama membawa 200 kg daging segar.

"Kami juga fikir bagaimana nak bantu dana dan beberapa cadangan lain supaya Zoo Negara terus maju ke depan, hari ini saya bawa 200 kg daging," katanya.

Menerusi kenyataan sama, beliau turut berkongsi pengalaman memberi makanan kepada panda di Zoo Negara.

"Comel dapat beri makan panda, ada dua ekor. Dapat anak dua ekor dah hantar balik, ini ada seekor lagi baru dapat, comel kecil sangat anak panda macam anak kucing sahaja, panda makan buluh tertentu sahaja, kuat tangannya.

"Bila kita hulur buluh pada panda, dia tarik kuat betul, main tarik-tarik tadi, panda suka buluh dan pilih daun-daun sedap dan lipat tebal-tebal makan," katanya.

Tanbahnya, beliau juga tidak sabar untuk membawa keluarganya berkunjung ke Zoo Negara kelak.

Artikel Berkaitan:

"Tak sabar nanti zoo buka saya nak bawa anak-anak ke sana. Dah lama tak bawa anak berjalan-jalan. Kasihan duduk rumah sahaja. Semoga dimudahkan semuanya.

"Doakan ya buat Zoo Negara, kagum tengok makhluk ALLAH, semua ada pelajaran di sebaliknya," katanya.