17 wanita kaya dikompaun RM1,000 ketika beli emas

Pemilik dan pembeli emas diingatkan menjaga serta mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketika menjalankan urusan jual beli emas bagi mengelak tindakan kompaun RM1,000 dikenakan.
Pemilik dan pembeli emas diingatkan menjaga serta mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketika menjalankan urusan jual beli emas bagi mengelak tindakan kompaun RM1,000 dikenakan.
A
A
A

KOTA BHARU - Padah terlalu ghairah membeli emas murah sehingga berhimpit-himpit dan terlupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan 17 wanita dikompaun RM1,000 manakala enam pemilik turut menerima nasib sama.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kes membabitkan pembeli dan penjual emas itu direkodkan di Kota Bharu dalam tempoh dua hari operasi polis susulan premis kedai emas yang diserbu berikutan emas murah sejak kelmarin.

“Kompaun antaranya membabitkan kesalahan tidak menjaga penjarakkan fizikal, berebut sehingga tolak-menolak kerana ghairah mahu membeli barang kemas murah.

“Kesalahan pemilik premis pula tidak patuh SOP seperti gagal menyediakan penyukat suhu selain mementingkan perniagaan sahaja. Natijahnya mereka dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita pada Program Derma Darah Anjuran PDRM Kelantan bersama Unit Tabung Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk arahan tutup premis akan dikuatkuasakan sekiranya terus ingkar SOP ketika urusan jual beli emas.

“Sehingga kini tidak ada tindakan tutup premis diambil tetapi polis akan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan rondaan. Kita tahu orang Kelantan kaya dan berhemah tetapi tidak akan berkompromi mengenai pematuhan SOP.

Pemilik dan pembeli emas diingatkan menjaga serta mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketika menjalankan urusan jual beli emas bagi mengelak tindakan kompaun RM1,000 dikenakan.
Pemilik dan pembeli emas diingatkan menjaga serta mematuhi prosedur operasi standart (SOP) ketika menjalankan urusan jual beli emas bagi mengelak tindakan kompaun RM1,000 dikenakan.

“Saya menasihati pemilik premis supaya menyediakan lorong beratur dan menggunakan perkhidmatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, tahap pematuhan SOP di Kelantan secara keseluruhannya dalam tempoh 10 hari PKPB memuaskan dengan pencapaian 95 peratus.

Dalam pada itu, pada program berkenaan beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan, Zairihan Che Haron turut mengambil peluang menderma darah sambil dihadiri Timbalan Pengarah Perubatan III HRPZ II, Tengku Anas Fathy Tengku Ahmad.

“Seramai 85 polis mendaftarkan diri sebagai penderma darah dan ini sumbangan kecil kepada masyakat yang sangat memerlukan darah selain membantu menambah dana darah di hospital,” katanya.