Polis giat kesan anggota didakwa pukul pekerja asing

Mohd Said Ibrahim
Mohd Said Ibrahim
A
A
A

SEREMBAN - Polis masih lagi mengesan seorang anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes pukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian berlaku semasa mangsa dalam proses untuk dihantar ke pusat kuarantin Covid-19 dan pihaknya sedang giat mengesan anggota terbabit serta mangsa.

“Satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular dalam media sosial itu. Kita akan menjalankan siasatan secara terperinci tanpa sebarang kompromi serta akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video tular anggota polis pukul pekerja asing. - Foto Ihsan Pembaca
Video tular anggota polis pukul pekerja asing. - Foto Ihsan Pembaca

Semalam, tular sebuah klip video berdurasi enam saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat menendang seorang pekerja lelaki dipercayai warga asing berkali-kali.

Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai warga Myanmar sedang duduk secara berderet bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Mohd Said berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: