Banjir kilat di Kampung Jimah Lama

Penduduk kampung diarahkan bersiap sedia untuk dipindahkan.
Penduduk kampung diarahkan bersiap sedia untuk dipindahkan.
A
A
A

PORT DICKSON - Hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jimah melimpah dan berlaku banjir kilat di Kampung Jimah Lama pagi tadi.

Menurut laporan awal Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Port Dickson, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 10 pagi.

APM Port Dickson memantau perkembangan banjir di sekitar Kampung Jimah Lama.
APM Port Dickson memantau perkembangan banjir di sekitar Kampung Jimah Lama.

"Banyak halaman rumah penduduk dilimpahi air namun jumlah sebenar yang terjejas masih belum diperoleh.

"Bagaimana pun setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka,dan pemantauan terus dilakukan," katanya ringkas kepada Sinar Harian.