'Halo' di kokpit selamatkan Grosjean

Grosjean mengalami kecederaan di tangan dan beberapa anggota selepas terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama Grand Prix (GP) Bahrain semalam. - Foto Sky News
Grosjean mengalami kecederaan di tangan dan beberapa anggota selepas terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama Grand Prix (GP) Bahrain semalam. - Foto Sky News
A
A
A

[DIKEMASKINI] ROMAIN Grosjean mungkin terbunuh jika tidak terdapat sistem perlindungan 'halo' di kokpit jentera Formula Satu (F1) dipandunya.

Perkara itu diakui pemandu Perancis itu yang terperangkap selama 20 saat di dalam kokpit pada pusingan pertama Grand Prix (GP) Bahrain.

Grosjean dilihat mampu tersenyum melalui rakaman video di hospital iaitu beberapa jam selepas jentera dipandunya pada kelajuan tinggi itu melanggar penghadang litar sebelum terbelah dua dan terbakar.

Selepas insiden itu, pemandu berusia 34 tahun tersebut dibawa ke hospital di Bahrain untuk menerima rawatan susulan tangannya yang melecur.

Grosjean diusung masuk ke dalam ambulans untuk dibawa mendapatkan rawatan di hospital.
Grosjean diusung masuk ke dalam ambulans untuk dibawa mendapatkan rawatan di hospital.

"Saya mahu menyatakan bahawa saya okey. Terima kasih atas segala doa anda. Saya rasa sistem 'halo' antara yang terbaik diperkenalkan di Formula Satu (F1) dan tanpanya saya mungkin tidak dapat bercakap dengan anda hari ini.

"Terima kasih kepada pasukan perubatan di litar dan hospital. Saya harap dapat membalas setiap mesej anda kepada saya," katanya menerusi satu rakaman video dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.

Grosjean berjaya keluar dari jenteranya selepas 20 saat terperangkap di dalam kokpit pada pusingan pertama GP Bahrain.
Grosjean berjaya keluar dari jenteranya selepas 20 saat terperangkap di dalam kokpit pada pusingan pertama GP Bahrain.

Artikel Berkaitan:

Bapa kepada tiga anak itu yang akan bersara hujung musim ini menerima bantuan doktor, Ian Roberts yang pantas ke lokasi insiden itu.

Roberts yang juga penumpang kereta perubatan di belakang jentera F1 pada pusingan pertama, dibantu pemandunya, Alan van der Merwe yang menggunakan pemadam api untuk memadam kebakaran dan seterusnya mengeluarkan Grosjean.

Grosjean mengakui hampir terbunuh selepas jentera dipandunya terbelah dua dan terbakar pada pusingan pertama GP Bahrain. - Foto Octane Photographic Ltd
Grosjean mengakui hampir terbunuh selepas jentera dipandunya terbelah dua dan terbakar pada pusingan pertama GP Bahrain. - Foto Octane Photographic Ltd