AES: PH tipu rakyat, omong kosong raih undi PRU14

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perjuangan PH membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ketika sebelum menjadi kerajaan hanyalah penipuan terhadap rakyat demi meraih sokongan.

Naib Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Dazma Shah Daud berkata, sebelum PRU14 lalu, PH betul-betul membantah AES yang dilaksanakan oleh kerajaan BN ternyata mereka sekadar mengambil kesempatan dengan menipu rakyat.

Menurutnya, pengenalan penguatkuasaan AES ini bagus dan ia mampu mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya kerana pemandu akan berwaspada ketika melintasi kawasan berkamera.

“Kita tahu sebelum PRU14, PH bersungguh-sungguh membantah sistem AES, nampaknya mereka hanya mengambil kesempatan dengan menipu rakyat.

“Kononnya jika mereka menang PRU14, sistem AES ini akan dihapuskan dan tidak lagi menekan rakyat. Tapi bila dah menang sekarang bukan sekadar mengiyakan AES ini sistem terbaik malah menambah 11 unit lagi di kawasan-kawasan tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu menurut beliau, PH terang-terang telah menimbulkan keresahan rakyat, sudahlah janji tidak tertunai,dibebankan lagi dengan saman tanpa kompaun.

“Kalau betul PH rasa sistem AES ini baik untuk mengurangkan kadar kemalangan, laksana dulu apa yang sudah ada. Tingkatkan kempen kesedaran.

“Bukannya menekan rakyat dengan saman dan tambah kamera,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: AES: Memang dulu bantah tapi sekarang...

ARTIKEL BERKAITAN: AES: Mahfuz tak mahu layan kritikan Najib