X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah mangsa banjir Bukit Hijau, Bukit Kuching meningkat

Seorang anggota APM melakukan tinjauan di beberapa kawasan dinaiki air hari ini.
A
A

SABAK BERNAM - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharajalela meningkat daripada 81 mangsa semalam kepada 96 mangsa pada hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, sehingga jam 9 pagi tadi jumlah keluarga yang dipindahkan juga turut merekodkan peningkatan daripada 23 keluarga kepada 27 keluarga.

Menurutnya, hujan lebat yang berterusan sejak Selasa lalu turut menyebabkan paras air melimpah sehingga ke beberapa jalan di Bukit Hijau dan Bukit Kuching.

"PPS SK Dato Maharajalela mula dibuka sejak jam 4 petang, 25 November lalu," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Shaiful Azril berkata, sehingga kini, lima kawasan terjejas hingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.

"Lima kawasan terjejas ialah Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cendrawasih," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!