X

Kindly register in order to view this article
!

Lima daerah rekod kes demam denggi tertinggi

Nyamuk Aedes.
A
A

SHAH ALAM - Lima daerah di Selangor merekodkan bilangan kes demam denggi tertinggi di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, antara daerah tertinggi adalah Petaling dengan mencatatkan kes demam denggi sebanyak 14,767 kes (34.8%).

"Jumlah itu diikuti dengan Hulu Langat 9,187 kes (21.7 peratus), Klang 6,743 kes (16.0 peratus), Gombak 6,257 kes (14.8 peratus) dan Sepang 2,334 kes (5.5 peratus).

"Pada minggu epid (ME) 48 iaitu bagi tempoh 22 November hingga 28 November 2020, sejumlah 377 kes demam denggi telah dilaporkan di Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

DR SHA'ARI
DR SHA'ARI

Mengulas lanjut, Dr Sha'ari bagaimanapun berkata, jumlah tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 7.4 peratus berbanding 407 kes pada minggu sebelumnya.

"Sebanyak 42,795 kes demam denggi dilaporkan untuk sehingga ME 48 yang berakhir pada 28 November 2020.

"Jumlah ini turut mencatatkan penurunan sebanyak 35.3 peratus (23,375 kes) berbanding minggu yang sama tahun 2019 (66,170 kes)," katanya.

Menurutnya, masyarakat perlu kekal fokus dalam kawalan pencegahan demam denggi walaupun tren menunjukkan penurunan kes.

"Pencegahan penyakit demam denggi adalah tanggungjawab semua, luangkan hanya 10 minit seminggu, pastikan semua takungan air yang tidak digunakan di-persekitaran masing-masing dimusnahkan.

"Bagi takungan air kekal hendaklah sentiasa ditutup atau diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik serta diperiksa seminggu sekali," katanya.

Jelasnya, sebarang maklumat tambahan berkaitan kawalan dan pencegahan denggi boleh diperoleh melalui https://www.infosihat.gov.my/index.php/demam-denggi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!