X

Kindly register in order to view this article
!

Axiata catat untung bersih RM353 juta

Izzaddin (kiri), Jamaludin (tengah) dan Sood (kanan) pada sidang akhbar secara maya mengenai keputusan kewangan kumpulan itu bagi suku ketiga 2020 Jumaat lalu.
A
A

AXIATA Group Berhad (Axiata) mencatatkan keputusan kewangan memberangsangkan dengan mencapai untung bersih RM353 juta bagi suku ketiga 2020 susulan kelonggaran kawalan pergerakan merentasi pasaran ia beroperasi dan kedudukan aliran tunai yang kukuh.

Keuntungan bersih Axiata bagi suku ketiga 2020 meningkat 96.9 peratus kepada RM353 juta daripada RM179.27 juta pada suku ketiga 2019 berikutan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang baik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, Axiata menunjukkan daya tahannya dengan mencatatkan prestasi yang baik meskipun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Jamaludin Ibrahim
Jamaludin Ibrahim

“Walaupun berlaku pandemik dan peningkatan persaingan dalam beberapa pasaran, pasukan kami ini bangkit semula dengan yakin, menjangkaui cabaran agar cemerlang dalam kebanyakan bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya mengenai keputusan kewangan kumpulan itu bagi suku ketiga 2020 baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Kumpulan Axiata, Vivek Sood.

Bagaimanapun, menurutnya, perolehan berkurangan 1.6 peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM6.11 bilion daripada RM6.21 bilion susulan kemerosotan perolehan di semua syarikat operasi.

Untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2020, keuntungan bersih susut 45 peratus kepada RM621.12 juta berbanding RM1.12 bilion sebelum ini, manakala perolehan merosot 2.1 peratus kepada RM17.94 bilion daripada RM18.32 bilion.

Katanya, pada suku dikaji, pendapatan kumpulan meningkat 5.5 peratus kepada RM6.1 bilion didorong oleh sumbangan daripada syarikat operasinya (OpCos).

"Hampir semua OpCos mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dalam pendapatan, jumlah pelanggan EBITDA dan untung bersih. Suku ketiga adalah suku paling cemerlang kepada kami berbanding suku kedua pada tahun 2020.

"Pada September, semua pendapatan OpCos manakala XL lebih tinggi berbanding sebelum sekatan pergerakan yang membolehkan kami pulih pada suku ketiga,” katanya.

Jamaludin berkata, pada suku keempat, Axiata lebih berhati-hati berikutan langkah kawalan pergerakan diketatkan di kebanyakan negara yang Axiata beroperasi.

"Pendidikan dalam talian (online), bekerja dari rumah dan pendigital PKS juga akan menambah baik perniagaan Axiata," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!