IV Mist minyak angin aromatik terkini

Ahmad Sidry (kiri) bersama pengurusnya, Muhammad Adam menunjukkan produk IV Mist.
Ahmad Sidry (kiri) bersama pengurusnya, Muhammad Adam menunjukkan produk IV Mist.
A
A
A

HARI ini, terdapat lambakan pelbagai produk minyak angin di pasaran. Minyak angin di Malaysia lazimnya mempunyai penggemarnya tersendiri.

Rata-rata penggemar minyak angin menjadikan ia sebagai alternatif untuk melegakan kesakitan luaran seperti kembung perut, lenguh atau bengkak.

Namun, berbeza dengan IV Mist kerana ia bersifat aromatik, nyaman dan menyegarkan.

IV Mist merupakan satu-satunya minyak angin yang menggunakan kaedah teknologi nano dan dibotolkan dalam bentuk semburan.

Minyak IV Mist telah melalui proses teknologi nano sebelum dibotolkan dan menghasilkan zarah minyak yang lebih kecil, membolehkan ia meresap dengan lebih cepat ke dalam liang kulit dan memberi kesan serta-merta.

Menggunakan tagline ‘Sembur-Sembur Segar!’ produk tersebut semakin dikenali dan dicari oleh setiap lapisan masyarakat.

Produk sepenuhnya pem-buatan bumiputera itu telah berada di pasaran sejak tahun 2014.

Ia telah mengalami pelbagai fasa bermula dari bawah sehinggalah ke hari ini yang memasuki tahun keenam.

Artikel Berkaitan:

IV Mist adalah produk bua-tan tempatan yang diformulasikan daripada sembilan herba terpilih iaitu halia, safran, argan, habbatus sauda, halia bara, limau purut, minyak kelapa dara, pudina dan serai.

Keberkesanan IV Mist telah terbukti dan tidak dapat di-nafikan berikutan ramai pengguna akan membuat belian berulang (repeat order) kerana ia sesuai dan memberi kesan positif kepada pengguna.

Menurut Pengasas IV Mist, Ahmad Sidry Hussin, fungsi utama IV Mist adalah untuk kegunaan luaran harian.

“Namun, yang menariknya, selepas menggunakan IV Mist secara berterusan, kami dapati ia mempunyai pelbagai kegunaan lain yang kami sendiri tidak sangkakan ada pada produk ini.

IV Mist merupakan minyak angin yang bersifat aromatik, nyaman dan menyegarkan.
IV Mist merupakan minyak angin yang bersifat aromatik, nyaman dan menyegarkan.

“Lebih-lebih lagi pada musim hujan dan banjir terutama di pantai timur, mereka di-galakkan mengguna IV Mist kerana baunya dapat menghalang pacat dan lintah serta nyamuk daripada menggigit, selain boleh disapu pada kesan gigitan serangga kecil,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya di Pusat Bandar Senawang, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Beliau berkata, disebabkan IV Mist mempunyai pelbagai kegunaan, ramai pelanggan merupakan repeat customer walaupun masalah mereka telah selesai, namun mereka tetap menggunakan IV Mist untuk tujuan lain.

IV Mist mempunyai ramai pengguna berulang dan sudah pasti merupakan produk yang terbaik serta mampu memberi manfaat kepada pengguna.

“Sebenarnya kami tidak sekali-kali mahu overclaim tetapi ramai pengguna IV Mist memberi testimoni dan pengalaman mereka yang ada masanya di luar jangkaan kami.

“IV Mist mampu membantu melegakan pernafasan. Ia juga boleh disapu pada kulit yang mempunyai masalah dan boleh disapu pada sendi serta kepala untuk memberi keselesaan.

“IV Mist memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi pengguna tidak perlu rasa was-was. Ia juga mesra solat,” katanya.

Ahmad Sidry berkata, bahan yang digunakan berasaskan 90 peratus herba dan semula jadi, tiada barang terlarang serta selamat digunakan semua lapisan umur.

Menurutnya, IV Mist selamat digunakan sekerap yang mungkin kerana semakin kerap ia digunakan semakin nampak keberkesanannya.

“Istimewanya IV Mist kerana ia didatangkan dengan botol eksklusif, tahan lasak, mudah dibawa supaya boleh digunakan bila-bila masa. Reka bentuk botol yang moden dan pelbagai warna tidak menampakkan ia seperti minyak angin,” katanya.

Beliau berkata, jika pada awal kemunculan produk itu hanya 1,000 unit terjual tetapi kini pihaknya mampu menjual antara 30,000 hingga 50,000 botol sebulan.

Cara penggunaan IV Mist sangat mudah. Hanya semburkan di tapak tangan, kemudian ratakan dan sapu di tempat yang diperlukan. Pengguna juga boleh menyembur terus kepada tangan dan kaki, cuma elakkan daripada terkena mata.

Mereka yang berminat mahu mencuba IV Mist, boleh menghubungi mana-mana stokis atau ejen berdekatan di seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi talian 010-790 0973 atau berkunjung terus ke ibu pejabat IV Mist di IV SYNERGY SDN BHD, Nombor 349-1, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, Seremban.

Boleh juga layari di www.ivmist.com untuk maklumat lanjut dan info berkaitan IV Mist. Dengan harga RM34.90 sahaja, pengguna dapat menikmati pelbagai manfaat dan kebaikan kesihatan yang berpanjangan.

Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal. Sembur-sembur segar!