Polis tahan suspek samun, tetak Dr Wan Hassan

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suspek yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

"Setakat semalam seramai 10 orang termasuk suspek utama kes ini sudah ditahan.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan Wan Hassan maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesara MARDI maut ditetak perompak

Artikel Berkaitan:

Perompak tetak pesara dipercayai guna laluan belakang: Saksi

Lepas tetak pesara MARDI, suspek rompak rumah jurutera