X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin perlu tetap hala tuju kepimpinan

Muhyiddin
A
A

SHAH ALAM - Keupayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal memimpin kerajaan sehingga penularan Covid-19 berakhir bergantung kepada keupayaannya menetapkan hala tuju pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, hasrat yang disuarakan Muhyiddin untuk membubarkan Parlimen selepas berakhirnya Covid-19 adalah isyarat jelas bahawa kerajaan dipimpinnya telah hilang sokongan.

Noor Amin Ahmad
Noor Amin Ahmad

“Cerita tentang pembubaran Parlimen mula didengari sejak sebelum pembukaan Sidang (Dewan Rakyat) pada Mei lalu dan kenyataan semalam (kelmarin) bagi saya, ia isyarat jelas bahawa Muhyiddin sedar beliau tidak mempunyai cukup sokonganuntuk terus mentadbir.

“Cakap-cakap kejayaan awal mengurus pandemik Covid-19 mula surut apabila mereka terpaksa berdepan masalah ekonomi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah satu-satunya cara yang boleh digunakan Muhyiddin sekiranya beliau hendak mengembalikan mandat kepada rakyat.

Hassan
Hassan

Menurut laporan portal Malaysiakini, beliau berkata, pengembalian mandat rakyat boleh dilakukan menerusi undi percaya di Dewan Rakyat tanpa menunggu sehingga Covid-19 berakhir.“(Ia juga perlu) dijadikan keutamaan sebagai agenda pertama sidang kerana usul sedemikian berkaitan dengan status dan keabsahan Perdana Menteri,” kata ahli Parlimen PKR itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!