‘Kami sedia bermain di Liga M3’

Khairul Amri. Foto The Star
Khairul Amri. Foto The Star
A
A
A

PEMAIN Felda United sedia untuk terus bermain dengan The Fighters sekiranya pengurusan mahu menghantar pasukan menyertai saingan Liga M3 musim depan.

Kapten skuad The Fighters, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal berkata, pasukan Felda United seharusnya tidak mempersiakan pemain yang ada dan percaya pasukan itu perlu terus wujud dalam kancah bola sepak negara.

“Biarpun Felda United tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana saingan liga anjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), tetapi bagi saya, pihak pengurusan pasukan mungkin boleh mempertimbangkan untuk beraksi dalam saingan Liga M3.

“Tambahan pula Felda United adalah satu organisasi besar dalam industri bola sepak selain memiliki program-program pembangunan belia terbaik di negara ini selain Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Felda United membuat kejutan mengumumkan untuk tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Sementara itu Khairul Amri berkata, sehingga ke hari ini dia dan rakan-rakan sepasukan masih menunggu perkhabaran terkini daripada pihak pengurusan pasukan khususnya mengenai kontrak pemain.

“Sampai sekarang tidak ada sebarang berita daripada pihak pengurusan pasukan, terutamanya berhubung dari segi kontrak pemain.

“Untuk makluman, kontrak saya sendiri akan tamat pada penghujung bulan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: