Polis tahan lelaki Iraq, rampas batang besi

Laporan Sinar Harian sebelum ini. Gambar kecil: Mohd Padzli Mohd Zain
Laporan Sinar Harian sebelum ini. Gambar kecil: Mohd Padzli Mohd Zain
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga Iraq yang terlibat dalam pergaduhan dan memukul seorang lelaki tempatan di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki asing itu ditahan pada jam 7.20 malam selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bertindak atas maklumat awam.

"Suspek yang berusia 41 tahun itu ditangkap dan tidak memiliki sebarang dokumen peribadi. Akuan secara lisan dia merupakan seorang warga Iraq.

"Polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata yang digunakan untuk memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu pergaduhan pada jam 11.35 malam itu, seorang lelaki cedera di kepala, lengan dan kaki dipukul suspek dengan menggunakan sebatang besi di Jalan Tebrau di sini.

Suspek yang pada awalnya disangka warga Bangladesh bertindak memukul lelaki berusia 39 tahun itu hingga mangsa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Video pendek berkenaan tular dalam Facebook memaparkan suspek yang memegang sebatang besi memukul mangsa berkali-kali tanpa henti dan dapat didengar mangsa meronta kesakitan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dipukul Bangla dengan batang besi