X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi laporan polis isu hina Agong

Mohd Sufyan Tsauri (tiga, kanan) dan bersama barisan Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu menunjukkan salinan laporan polis di pekarangan IPD Hulu Terengganu, di Kuala Berang, kelmarin.
A
A

KUALA BERANG - Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu membuat laporan polis berhubung hinaan pemilik akaun Facebook bernama Desmond Yongkor terhadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Laporan polis tersebut dibuat kira-kira jam 4.10 petang kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, di sini, diwakili Penolong Bendahari Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Sufyan Tsauri Mohd Suri.

Menurutnya, dia menyedari perkara itu sewaktu melayari Facebook pada 1 Februari lalu di rumahnya di Felda Mengkawang dan merasakan ia suatu perbuatan yang tidak bertamadun dan biadab.

“Gambar dan kenyataan dimuat naik pemilik akaun Facebook itu tidak boleh diterima, perbuatan sebegitu tidak seharusnya dilakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong oleh pengguna laman sosial mahupun rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat jelata, kita perlu hormati Tuanku dan perkataan menghina sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan. Perbuatan pengguna Facebook ini juga telah undang kemarahan seluruh rakyat di negara ini.

“Kami Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu minta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap individu berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak boleh dimaafkan dan hukuman setimpal perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada semua pengguna laman sosial atau sesiapa sahaja.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!