X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Enam kes baharu, satu kluster dikesan di Kelantan

Status terkini kes Covid-19 di Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan enam kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, selain pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Hilir.

Kluster berkenaan melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dalam kenyataan di Facebook berkata, setakat hari ini, sejumlah 975 individu telah disaring dan 21 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster berkenaan.

Menurutnya, enam kes baharu tersebut adalah dari daerah Kota Bharu iaitu di Mukim Kubang Kerian melibatkan kes ke-354 hingga kes ke-359 yang merupakan kontak rapat Survelan ILI.

"Tiga kes sembuh dan discaj dilaporkan hari ini dan jumlah kes dalam rawatan adalah sebanyak 102 kes dan empat kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU)," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Kota Bharu masih lagi berada di zon merah iaitu melibatkan sebanyak 54 kes tempatan, manakala Machang mencatatkan sebanyak 35 kes dan Tanah Merah pula sebanyak 33 kes tempatan walaupun berada di zon jingga.

"Lima zon kuning dicatatkan iaitu Pasir Mas melibatkan 11 kes tempatan, selain Bachok (dua kes tempatan), Pasir Puteh (dua kes tempatan), Kuala Krai dan Tumpat (satu kes tempatan).

"Dua zon hijau dicatatkan iaitu Gua Musang dan Jeli, manakala sembilan kes import B iaitu merentas negeri dicatatkan melibatkan empat saringan berisiko dari Sabah, empat dari Selangor dan seorang dari Johor," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!