Tiga pusat pemindahan banjir Kuala Muda ditutup

Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke Masjid Al-Abrar Taman Peruda Sungai Petani semalam.
Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke Masjid Al-Abrar Taman Peruda Sungai Petani semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mangsa banjir di Mukim Sungai Petani dan Sidam Kiri di daerah Kuala Muda ditutup secara rasmi pada jam 2 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, air mulai surut membolehkan kesemua 144 mangsa daripada 32 keluarga dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Beliau yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata, PPS Masjid Al-Abrar Taman Peruda yang menempatkan seramai 43 mangsa daripada 10 keluarga dibuka pada jam 8 malam tadi.

Mangsa banjir yang dibenarkan pulang ke rumah hari ini mula membersih dan menjemur perkakasan rumah yang terjejas akibat banjir.
Mangsa banjir yang dibenarkan pulang ke rumah hari ini mula membersih dan menjemur perkakasan rumah yang terjejas akibat banjir.

Katanya, ia diikuti pembukaan Surau Kampung Haji Wahab pada jam 10 malam tadi yang menempatkan seramai 38 mangsa daripada 10 keluarga.

“Sementara di Mukim Sidam Kiri, Dewan Masjid Al-Huda Kampung Jerung telah dibuka pada jam 2 pagi tadi menempatkan seramai 63 mangsa daripada 12 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dibenarkan pulang berikutan air mulai surut dan keadaan rumah selamat untuk diduduki.