Dua ditahan cuba seludup keluar PATI, durian

Cubaan dua lelaki untuk menyeludup keluar 166 biji durian dengan menggunakan bot tidak kesampaian apabila mereka ditahan pada jarak 4.1 batu nautika barat daya Tanjung Gabang di sini semalam.
Cubaan dua lelaki untuk menyeludup keluar 166 biji durian dengan menggunakan bot tidak kesampaian apabila mereka ditahan pada jarak 4.1 batu nautika barat daya Tanjung Gabang di sini semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Cubaan dua lelaki untuk menyeludup keluar 166 biji durian dengan menggunakan bot tidak kesampaian apabila mereka ditahan pada jarak 4.1 batu nautika barat daya Tanjung Gabang di sini semalam.

Kedua-duanya ditahan dalam operasi kira-kira jam 7.30 petang oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor yang bertindak hasil maklumat dan risikan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot tersebut ditahan berikutan maklumat risikan yang mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke perairan antarabangsa.

Sebahagian daripada 166 biji durian cuba diseludup keluar semalam.
Sebahagian daripada 166 biji durian cuba diseludup keluar semalam.

"Ketika bot terbabit berjaya dipintas, pemeriksaan mendapati terdapat tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama dua warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 56 tahun.

"Lelaki tempatan itu dipercayai cuba menyeludup keluar PATI terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosli berkata, pemeriksaan lanjut dalam bot terbabit turut menemui sebanyak 166 biji durian pelbagai jenis; antaranya D1, D24 dan D40 yang diletakkan di dalam 40 kotak.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana menyeludup durian tanpa permit import.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor.