Sumbang RM200,000 untuk 100 NGO bagi misi bantuan banjir

Zuhairi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk misi bantuan banjir kepada wakil NGO di Tanjung Lumpur, Kuantan hari ini.
Zuhairi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk misi bantuan banjir kepada wakil NGO di Tanjung Lumpur, Kuantan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah syarikat multimedia memperuntukkan kira-kira RM200,000 untuk diberikan kepada 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi misi bantuan banjir.

Pengerusi syarikat terbabit, Trizure International (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, sumbangan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bagi membantu sukarelawan NGO menggerakkan misi bantuan banjir ke seluruh negara.

"Kita harapkan sumbangan ini dapat membantu mangsa yang terlibat dengan musibah berkenaan menerusi NGO berkenaan.

"Sumbangan ini juga sebagai persediaan kepada NGO terlibat untuk membantu bersama pihak kerajaan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Zuhairi di Tanjung Lumpur di sini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Trizure International, Datuk S Silvarajah dan Datuk Jeffrey Zainal Abidin. Sementara itu, Zuhairi berkata, syarikatnya kini dalam usaha mewujudkan sebuah platform secara dalam talian bagi membantu golongan B40 dan M40 memasarkan produk perniagaan mereka.

"Kita dalam proses mewujudkan aplikasi seperti Lazada, Shopee yang akan membantu mempromosikan produk perniagaan golongan berkenaan secara dalam talian.

"Usaha Trizure International ini adalah selaras dengan saranan kerajaan yang menggalakan perniagaan secara digital pada era normal baharu ekoran penularan pandemik koronovirus (Covid-19) pada ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: