Kes baharu Covid-19 di Indonesia lepasi angka 6,000 hari ini

Jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas. Foto 123RF
Jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas. Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Jangkitan koronavirus (Covid-19) di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.

Sebanyak 6,267 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 534,226.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 445,793 pesakit telah sembuh, manakala 67,836 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 169 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat Covid-19 di republik itu kini 16,815 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: