PKPD di Kampung Numbak, Telipok dilanjutkan

PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan sehingga 13 Disember. - Foto Bernama
PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan sehingga 13 Disember. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 13 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko di dua kawasan berkenaan.

‘’Sehingga 27 November, KKM mengesahkan masih terdapat 109 kes aktif di Kampung Numbak dan 136 kes aktif di penempatan Telipok.

"Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, dua kawasan itu dikenakan PKPD bermula 16 November lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 18,000 penduduk Taman Telipok Ria, Tuaran dikenakan PKPD

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: