Umno, Pas kongsi pentas di Pontian

Ahmad (kiri) beramah mesra dengan pengunjung di sebuah gerai di Pontian.
Ahmad (kiri) beramah mesra dengan pengunjung di sebuah gerai di Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Kerjasama politik antara Umno dan Pas peringkat Parlimen Pontian mula menunjukkan perkembangan positif apabila kedua-dua parti ini bakal berkongsi pentas ceramah politik pada bulan hadapan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ceramah politik yang bakal dihadiri ‘orang kuat’ Pas, bukti jalinan kerjasama politik akar umbi sebagaimana diarah kepimpinan parti.

“Ceramah politik pada bulan Mac depan ini akan memperkuatkan lagi hubungan Pas dan Umno dari akar umbi.

“Yang pasti ceramah ini diadakan di kawasan paling strategik bukan di kampung tetapi lokasinya di tengah-tengah antara Benut dan bandar Pontian,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian ini juga mengesahkan telah bersemuka secara santai dengan kepimpinan Pas Parlimen Pontian sebelum ini.

“Hubungan ini diperkuatkan lagi dengan ceramah bersama saya dan Pas nanti,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Pontian di Hospital Pontian, di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dun Semenyih pada 2 Mac depan, beliau menegaskan semangat Cameron Highlands akan dibawa BN ke Semenyih.

Katanya, perkembangan negara akhir-akhir ini memberi keyakinan kepada BN memenangi kerusi tersebut yang disandang Bersatu.

Artikel Berkaitan: