Johor tangguh sambutan Maulidur Rasul di masjid, surau

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua sambutan Maulidur Rasul di masjid dan surau di seluruh negeri ini ditangguhkan sebagai langkah membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Exco Hal Ehwal Agama Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, arahan penangguhan bermula 1 Disember 2020 itu selari dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu kadi di setiap daerah mengambil tindakan segera serta tegas dalam mengatasi penularan Covid-19 di masjid dan surau di negeri ini.

"Arahan penangguhan majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid dan surau seluruh negeri bermula 1 Disember sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM).

"Justeru pemakaian garis panduan tatacara sambutan majlis Maulidur Rasul semasa atau selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di masjid atau surau negeri Johor bertarikh 18 Oktober 2020 adalah ditangguhkan," katanya satu menerusi kenyataan hari ini.

Tosrin berkata, ahli jawatankuasa masjid dan surau juga dinasihatkan menjalankan kerja-kerja pembersihan atau disinfeksi secara kerap mengikut garis panduan ditetapkan KKM.

Artikel Berkaitan: