Enviro Hunt 2018 bawa imej pulihara alam sekitar

Norazlina (berdiri, tengah) bersama pemenang-pemenang WHB Enviro Hunt 2018, Sabtu lalu.
Norazlina (berdiri, tengah) bersama pemenang-pemenang WHB Enviro Hunt 2018, Sabtu lalu.
A
A
A
PUCHONG - Worldwide Holdings Berhad bersama anak syarikatnya Worldwide Landfills Sdn Bhd terus komited melaksanakan program CSR terutama aspek pemuliharaan alam sekitar dengan menganjur WHB Enviro Hunt 2018 di Taman Rekreasi Worldwide Landfills Park, Air Hitam Puchong, Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, penganjuran WHB Enviro Hunt adalah langkah proaktif Worldwide Holdings mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum berhubung isu alam sekitar seperti pencemaran alam dan pemanasan global.

“Program ini turut menekankan beberapa pendedahan cadangan pelaksanaan teknologi pengurusan sisa pepejal seperti ‘Waste to Energy’ iaitu kaedah memproses sisa pepejal dan menukarnya tenaga elektrik.

“Bagi penganjuran tahun ini, WHB Enviro Hunt 2018 turut disertai oleh wakil daripada agensi kerajaan, media, institusi pengajian tinggi dan penduduk sekitar untuk menyertai ‘Cabaran WHB Enviro Hunt 2018’ secara percuma sebagai tanda menyokong usaha menjaga alam sekitar sempena Bulan Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan,” katanya.

WHB Enviro Hunt 2018 disertai 200 peserta yang berjalan kaki melebihi 10,000 langkah mengelilingi kawasan Taman Rekreasi Worldwide Landfills Park bagi menyelesaikan tugasan Enviro Hunt.
Artikel Berkaitan:


Acara berkenaan juga adalah aktiviti gaya hidup sihat sebagai simbolik dan tanda sokongan terhadap Kempen 10,000 langkah sempena Hari Alam Sekitar Kebangsaan.

Norazlina berkata, cabaran itu turut menguji minda peserta mendalami tugasan yang diberikan dan yakin masyarakat hari ini semakin menghayati kelestarian alam sekitar.