Penantian 78 tahun menanti elektrik berakhir

Salah satu rumah yang akan menerima bekalan elektrik pada Mac 2021.
Salah satu rumah yang akan menerima bekalan elektrik pada Mac 2021.
A
A
A

JELEBU - Penantian hampir 78 tahun penduduk di tiga kampung Mukim Kebanoi mendapat bekalan elektrik berakhir apabila kemudahan tersebut bakal dipasang pada Mac tahun depan.

Kemudahan itu bakal dinikmati dengan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjumlah RM4.1 juta melalui projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Kampung Chennah, Rosmadi Arif berkata, tiga kampung itu berkenaan ialah Kampung Chalin, Kampung Dusun Umbut dan Kampung Chuang Lebu.

Rosmadi
Rosmadi

Katanya, sebanyak 33 buah rumah yang terlibat tetapi 22 daripadanya akan menikmati bekalan elektrik secepat mungkin.

"Buat permulaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan projek BELB membabitkan lima buah rumah di Kampung Chalin, 16 di Kampung Dusun Umbut dan sebuah rumah di Kampung Chuang Lebu.

"Tiga buah rumah di Kampung Chalin tidak dapat dipasang kemudahan itu berikutan jambatan sepanjang tiga kilometer yang menghubungkan rumah terbabit runtuh tahun lalu," katanya.

Rosmadi berkata, ada lapan buah rumah di Kampung Chuang Lebu yang tidak tersenarai dalam projek itu.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun pemasangan akan dilaksanakan selepas jalan masuk di kawasan yang terlibat dengan jambatan runtuh dibaiki.

Tambahnya, masalah jambatan runtuh itu sudah dibawa kepada pengetahuan kerajaan negeri, dan akan dibaiki segera.

"Sekarang ini penduduk menggunakan set solar dan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik tetapi hanya dalam jangka masa terhad," katanya.