X

Kindly register in order to view this article
!

Haram, juara AJL33

Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini muncul juara menerusi lagu Haram pada AJL ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

LAGU Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan lagu nyanyian Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini ini membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Naib juara pula menjadi milik komposer Hang Nadim dan Laq Kadok menerusi lagu Bunga yang dinyanyikan oleh Ara Johari. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Manakala lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul yang disampaikan oleh Misha Omar pula hanya berpuas hati di tempat ketiga. Mereka memenangi hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Sementara itu, vokal bertenaga Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila telah membawa tuah buat dirinya apabila diumumkan memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Persembahan Terbaik AJL33 menjadi milik sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu yang berjaya tampil dengan sebuah persembahan yang cukup hebat. Sufian menerima hadiah wang tunai RM12,000, trofi dan telefon pintar Samsung Galaxy A9.

Finalis AJL33 diadili 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada Datuk Mokhzani, Datuk Wah Idris, Manan Ngah, Loke Yew, Ajai, Helen Yap, AG Coco, Adi Priyo, LY dan Azmeer selaku ketua juri.

Antara lagu lain yang turut bertanding sebagai finalis ialah Semakin (Siti Sarah), Hajat (Hael Husaini), Luluh (Khai Bahar), Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor), Bunga (De Fam), Tak Pernah Hilang (Kaer dan Amylea), Kau Pun Sama (Syamel) dan Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra).

AJL33 yang bersiaran langsung menerusi TV3 menyaksikan gandingan hebat Sherry AlHadad dan Alif Satar sebagai pengacara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus